(Video) Gagal Lakukan “Back-Flip” Untuk ‘Menunjuk’ Di Depan Penonton, Bekas Juara Bina Badan Remaja Dunia Maut Patah Leher

(Video) Gagal Lakukan “Back-Flip” Untuk ‘Menunjuk’ Di Depan Penonton, Bekas Juara Bina Badan Remaja Dunia Maut Patah Leher

Uncategorized Comments Off
Loading...

Auto Draft

 

Auto Draft
Seorang ahli bina badan dilaporkan maut selepas beliau gagal menyempurnakan lompatan ”back-flip” sebagai ‘tanda pengenalan’ sebelum memulakan pertandingan.

Sifiso Lungelo Thabete, 23, yang merupakan seorang penyandang juara IFBB Junior World Championship kategori bawah 75kg ini dilihat keluar memasuki kawasan lobi gelanggang sebelum berlari ke tengah untuk membuat lompatan ”back-flip” iaitu ‘tanda pengenalan’ sambil mendapat tepukan gemuruh daripada penonton.

Namun, lompatannya itu gagal dilakukan dengan sempurna kerana kekurangan momentum untuk berpusing membuatkan kepalanya mendarat terlebih dahulu ke lantai yang menyebabkan dia tulang lehernya patah.

Pada mulanya orang sekeliling tidak menghiraukannya kerana tidak menyangkan apa-apa berlaku, tetapi melihat dia terus terbaring seperti menahan sakit, pihak penganjur terus berlari mendapatkannya sebelum terkulai tidak bergerak.

Menurut pihak Body Building South Afrika yang turut berkongsikan video itu, apa yang dilakukan oleh Sifiso itu adalah ‘trademark’nya setiap kali muncul untuk ke pentas.

Presiden organisasai, Wayne Price berkata, beliau mengesyaki aksinya itu tidak sempurna kerana stokin yang dipakainya ketika itu menyebabkan dia gagal mendapat tenaga penuh akibat tergelincir menyebabkan kepalanya mendarat di lantai sebelum badannya.
Auto Draft

Sumber: DailyMail

Loading...

Author

Search

Back to Top